Saturday, January 9, 2010

PROSES REKA BENTUK

PROSES REKA BENTUK

LUKISAN PROJEK

  • Lukisan projek memberikan maklumat lengkap sesuatu projek. Melalui lukisan, rupa bentuk projek, dimensi, bahan, teknologi pembuatan dan peralatan yang akan digunakan dapat dikenal pasti.

 

 

  1. Membuat Lakaran Rekabentuk

 

 

a.  Lakaran 3D

 

 

 

  • memberi gambaran sebenar projek
  • daripada lakaran 3D, panjang, lebar dan tinggi projek dapat diketahui
  • lakaran 3D boleh dibuat melalui lakaran oblik dan lakaran isometrik

 

 

b.  Lakaran 2D

 

 

 

  • menghuraikan lakaran projek dengan lebih terperinci
  • menunjukkan bentuk sebenar objek dalam dua pandangan, atau tiga pandangan iaitu pandangan atas(pelan), pandangan hadapan dan pandangan sisi.
  • lakaran 2D dilukis dalam unjuran ortografik

 

  1. Mendimensi Lakaran

 

 

  • Menunjukkan ukuran sebenar projek
  1. Ukuran perlu dibuat dengan tepat dalam unit milimeter (mm).

 

  1. Menilai dan Memilih Lakaran yang Paling Sesuai

 

 

  •  lakaran terbaik dipilih sesudah penilaian dibuat.

 

PEMBINAAN

 

  1. Mengukur

 

 

  • Ukur dengan peralatan seperti pita pengukur, pengukur keluli, pensil dan sesiku L

 

 

  1. Menanda

 

 

  • Peralatan menanda adalah pisau penanda, pensil, penggarit dan penebuk pusat.
  • Bagi mengelakkan kesilapan pemotongan bahan dan rekabentuk.

 

 

  1. Memotong

 

 

  • Peralatan memotong ialah gergaji besi, gunting besi dan pemotong perspek.

 

 

  1. Membentuk

 

 

  •  Membentuk dilakukan sebelum bahagian projek dipasang
  • Aktiviti membentuk ialah melengkung, melipat dan membengkok

 

  1. Mencantum

 

 

  • Proses memasang bahagian yang telah dipotong dan dibengkokkan
  • Kerja-kerja mencantum ialah meribet, melekat dan menskru

 

KEMASAN

  • Kemasan dilakukan supaya projek kelihatan cantik, tahan lama, berkualiti dan selamat digunakan

 


ALAT KEMASAN

 

 

  • Pengikis

 

 

 

  • Fungsinya mengikis permukaan bagi membuang cat lama dan tanda mengelupas.

 

 

 

  • Berus cat

 

 

 

  • Kegunaan untuk menyapu cat
  • Saiz ditentukan oleh kelebaran berusnya
  • Penggunaan saiz berus adalah berdasarkan saiz ruang yang akan dicat

 

 

 

  • Berus Syelek

 

 

 

 

  • Kegunaan untuk menyapu varnis, lekar, tona kayu dan syelek
  • Ada dua jenis iaitu berus jenis tangkai buluh dan jenis tangkai kayu

 

 

 

  1. Kertas Las

 

 

 

  • Digunakan untuk melicinkan permukaan bahan
  • Dibezakan mengikut kekasaran dan kehalusannya
  • Kertas las dan grednya:

Gred

Kasar/Halus

00

Paling halus

0

Halus

1

Sederhana

2

Kasar

3

Paling kasar


 

 

  1. Tepung Penyumbat

 

 

 

  • Digunakan untuk menutup liang-liang atau celahan pada kayu
  1. Dibancuh dengan air. Tujuannya supaya projek kelihatan kemas

 

BAHAN KEMASAN – Mencantikkan projek/tahan lama

 

 

  • Cat Licau (cat kilat)

 

 

 

  • Menghasilkan permukaan licin, berkilat dan kalis air
  1. Sesuai untuk kemasan luaran
  2. Bahan pelarutnya ialah turpentin

 

 

  • Cat Sembur

 

 

 

  • Menggunakan penyembur, cepat kering

 

 

  • Syelek

 

 

 

  • Ada dua jenis iaitu bentuk kepingan dan cecair
  1. Tidak tahan haba dan tidak kalis air
  2. Bahan pelarutnya adalah spirit metil

 

 

  •  Varnis

 

 

 

  • Kalis air dan haba
  • Hasilkan kemasan yang berkilat

 

 

  • Tona Kayu

 

 

 

  • Kalis air dan haba
  1. Hasilkan kemasan yang cantik dan berkilat

 

 

  • Semburan Lekar Jernih

 

 

 

  • Kalis air dan kalis haba, ianya cepat kering

 

 

  • Pelekat

 

 

 

  • Pelbagai warna, bentuk dan corak
  1. Kebanyakan pelekat mempunyai glu

 

MEMBUAT KEMASAN

 

 

  1. Apabila membuat kemasan pada projek pastikan perkara berikut dipatuhi :

 

 

 

  • Permukaan yang nak disapu mestilah bersih, bebas dari habuk, minyak atau karat
  •  Gosok dengan kertas las jika permukaan kotor, berkarat atau kasar
  • Goncangkan tin atau bekas cat atau varnis sebelum digunakan
  • jika guna cat semburan, sila sembur pada jarak 30cm dari projek
  • Pastikan kemasan kering sebelum dicat berikutnya
  • Sapu cat sehala sahaja mengikut urat kayu

 

 

 

 

 

 

 

 

 REKA BENTUK PROJEK


A

Mengenal pasti Masalah

  • Tiada produk di pasaran
  • Produk sedia ada terdapat kegagalan dan kelemahan
  • Produk sedia ada susah dikendalikan
  • Produk di pasaran besar dan berat
  • Produk sedia ada tidak praktikal dalam cuaca negara ini
  • Produk sedia ada mahal
  • Produk sedia ada tidak menjimatkan masa atau terhad penggunaannya

B

Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea

  • Data dan maklumat yang diperolehi dengan
  • menyiasat
  • membaca
  • membuat lawatan
  • melayar internet
  • temuramah
  • Semua maklumat dan data hendaklah direkodkan dalam buku idea.
  • Buku idea ialah buku yang merekodkan tarikh, lakaran, senarai bahan, butir penemuan dan lain-lain perkara yang berkaitan

C

Menilai dan memilih idea yang terbaik

  • Kumpulkan semua idea dan lakarkan idea tersebut
  • Analisa dan pilih satu idea yang terbaik

D

Pembinaan (perlaksanaan idea)

  • Rancang carta aliran kerja
  • Pilih idea dan lakaran , sediakan bahan yang diperlukan
  • Tentukan bahan dan pengikat yang akan digunakan
  • Pasang setiap bahagian dan bahan dengan tepat dan kukuh
  • Pilih kemasan yang sesuai
  • Gunakan kemasan sewajarnya dan pastikan ia menarik

E

Pengubahsuaian

  • Pengubahsuian perlu dilakukan sekiranya
        • Terdapat beberapa bahagian produk tidak berfungsi
        • Keseluruhan produk tidak berfungsi
        • Terdapat bahagian produk tidak selamat dan berbahaya kepada pengguna
  • Ingin membuat penambahan kepada produk sedia ada
  • Ingin membuat tukaran bahan atau jenis pengikat

F

Pendokumentasian

  • Satu laporan lengkap secara bertulis
  • Butiran Laporan mestilah mengandungi
  • Tajuk
  • Latar belakang
  • Objektif
  • Deskripsi projek
  • Rujukan
  • Lampiran

1.5.3  Pendokumentasian

  1. Mengumpulkan dan Merekodkan Maklumat Projek
  • Maklumat yang disimpan ialah:

                a. pernyataan masalah
b. lakaran projek
c. lakaran projek yang dipilih
d. senarai bahan, alatan dan mesin yang digunakan
e. jadual kerja
f. data pengujian dan penilaian
g. maklumat pengubahsuaian
h. kos projek

  1. Mengira Kos Pengeluaran Projek

                Cara mengira kos pengeluaran :
Kos Pengeluaran  :  Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhead
Contoh Pengiraan :
a.  Kos bahan : RM8.25
b.  Kos upah  : RM14.95
c.  Kos Overhead :  RM0.70
Maka kos pengeluaran : Kos bahan+kos upah+kos overhead

  1. Membuat Persembahan Projek
  • Kandungan persembahan ialah :

                a. nama projek
b. lakaran rupa bentuk projek
c. fungsi projek
d. bahan, alatan dan mesin
e. anggaran kos projek
f. tempoh masa pembinaan projek
g. teknologi yang digunakan

Thursday, January 7, 2010

REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEK

Faktor Utama reka bentuk
Pengenalan

  • Melalui proses reka bentuk dan reka cipta manusia dapat selesaikan pelbagai masalah atau keperluan harian.
  • Produk yang dihasilkan seharusnya dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
  • Faktor atau kriteria menentukan produk sesuai atau sebaliknya terhadap pengguna.

FUNGSI

Ia dapat berfungsi serta menepati kehendak dan keperluan pengguna.

RUPA BENTUK

Menarik serta bertepatan dengan fungsinya

KESESUAIAN BAHAN

Bahan perlu sesuai dengan penggunaan, mudah diperolehi, kos rendah dan mesra pengguna.

KAEDAH PEMBINAAN

Perlu mudah dihasilkan serta proses tidak merumitkan

KETAHANAN

Ketahanan produk perlu bagi fungsinya serta masa yang panjang

KOS PRODUK

Kos yang berpatutan dan tidak bebankan pengguna

KEMASAN

Menarik, sesuai dengan bahan dan fungsinya serta mesra alam

KESELAMATAN

Selamat digunakan, tidak memudaratkan pengguna dan alam sekitar

NILAI KOMERSIL

Produk mempunyai dapat berdaya maju dan dapat bersaing apabila dipasarkan.

Jenis Bahan


Tambahan bahan yang digunakan untuk membina produk selain kayu, papan lapis, MDF dan Mounting board (Yang telah dipelajari di tingkatan 1)

ALUMINIUM

  • logam bukan ferus
  • Diperolehi dari bijih bauksit
  • Lembut, mudah dibentuk dan tidak berkarat
  • Pengalir haba yang baik
  • Saiz biasa diperolehi 122cm x 244cm, 91cm x 183cm
  • Digunakan dalam binaan badan kapal terbang, kepala selinder enjin, kerangka pintu/tingkap, tin minuman, perlatan memasak  dlll.

KELULI LEMBUT

  • Logam ferus, campuran besi dan karbon
  • Boleh dibentuk, dibengkokan, dikimpal, dipateri
  • Saiz biasa diperolehi 610cm x 15.3cm dan 610cm x 91.5cm
  • Digunakan untuk pembuatan bol, nat, paku, dawai, pintu pagar, jeriji dlll

PERSPEK

  • Plastik keras, tahan lasak
  • Dikenali juga sebagai acrylic atau poly methyl methacrlilate (PMMA)
  • Sifatnya keras, tahan lama, mudah dicuci, tidak berkarat, mudah dipotong dan dibentuk dengan haba
  • Kelemahan tidak tahan haba dan mudah calar
  • Dicantumkan dengan klorofom atau simen pelarut atau glu PVC
  • Saiz kebiasaanya 122cm x 244cm dan 61cm x 122cm
  • Digunakan dalam binaan papan kenyataan, bekas air, plat kenderaan dan sebagainya

PVC

  • Sejenis plastik keras dan kukuh
  • Sifat kukuh, keras dan tahan lama
  • Mudah dipotong dan dibentuk
  • Tidak tahan haba
  • Digunakan dalam perpaipan dan pendaiwaian elektrik
  • PVC lembut digunakan dalam pembinaan baangan permainan, filem, botol dan penebat wayar

 

Jenis – Jenis Pengikat

  • Digunakan untuk mencamtumkan dua atau lebih bahan secara kekal atau sementara.
  • Antara pengikat biasa digunakan
  • Tambahan jenis pengikat yang digunakan untuk membina produk selain paku, glu dan  skru (Yang telah dipelajari di tingkatan 1)
    • Ribet
  • Diperbuat dari logam lembut (kuprum, keluli dan aluminium)
  • Saiz ditentukan oleh panjang dan garis pusat.
  • Tahan karat
  • Mencamtukan secara kekal.
  • Digunakan bersama rivetter
  • 3 jenis ribet => kepala bulat, counter sunk dan flat.
  • Logam
    • Glu Panas
  • Boleh didapati dalam bentuk batang (stick)
  • Biasa Saiz 13mm x 300mm
  • Digunakan bersama glu panas (Hot Glue Gun)
  • Kayu, logam dan plastik
    • Skru benam sendiri
  • Diperbuat dari keluli lembut
  • Saiz pelbagai dan biasanya 6mm – 63mm dan ditentukan panjang skru dapat dibenamkan
  • Mencamtumkan separa kekal bahan dan boleh dibuka semula jika tidak diperlukan.
  • Digunakan bersama pemutar skru atau gerudi tanpa wayar (cordless screw driver)
  • Jenis => kepala bulat, kepala timbul dan kepala rata.
  • Kayu, logam dan plastik

ALATAN TANGAN

  • Gandin Getah
  • Terdapat dalam pelbagai saiz
  • Digunakan untuk kerja melipat, membentuk dan mengetuk kepingan logam
  • Kepala gandin getah dibuat dari getah
  • Tujuannya menggelkkan permukaan kepingan logam daripada tercalar atau rosak.
  • Pisau Pemotong Perspek
  • Digunakan untuk memotong kepingan perspek
  • Mata pisau boleh ditukar ganti
  • Penebuk Pusat
  • Digunakan untuk menanda pusat lubang pada kepingan logam sebelum digerudi.
  • Ia bertujuan mengelakkan dari mata gerudi tergelincir ketika kerja mengerudi dijalankan.
  • Rivetter
  • Digunakan untuk memasang ribet secara kekal pada kepingan logam.
  • Nozzle rivetter boleh ditukar untuk memastikan saiz ribet sesuai dengan rivetter.
  • Hot Glue Gun
  • Mencairkan batang glu.
  • Memudahkan dalam proses glu panas bahan kerja.
  • Stapler Gun
  • Untuk merekatkan kepingan nipis dan lembut sperti kanvas, kulit, pvc nipis, kepingan papan lapis, MDF dan mounting board.
  • Ia digunakan bersama dawai kokot.

MESIN

  • Mesin gergaji jig

 

  • Digunakan untuk memotong lengkungan, bulat dan lurus pada kepingan papan, MDF atau papan lapis, kayu, logam lembut dan perspek.
  • Mata pemotong diperbuat daripada keluli berkabon tinggi
  • Mata perlu ditukarkan mengikut kesesuaian bahan yang dipotong.
  • Bahagian2 mesin gergaji jig

Suis

Menghidupkan motor

Pemegang

Tetapkan pegangan semasa mengergaji

Pemegang mata

Tetapkan mata gergaji jig pada benda kerja

Mata

Memotong bahan yang hendak dipotong

Tapak

Menahan benda kerja dan boleh dicondongkan 45o

Motor

Menggerakkan mata gergaji jig


  • Gerudi pemutar skru tanpa wayar

(Cordless Screw Drill)

  • Digunakan untuk melonggarkan atau mengetatkan skru dan menebuk lubang kecil pada kayu atau kepingan logam
  • Berfungsi dengan kuasa bateri yang boleh dicas
  • Bahagian utama Cordless screw drill

BINDU DAN RAHANG BINDU

Memegang mata pemutar skru

MOTOR

Memutar bindu

SUIS

Menghidupkan dan mematikan motor

MATA PEMUTAR SKRU

Memutarkan skru

PEMEGANG

Memegang mesin

PENGUNCI BINDU

Mengetatkan cengkaman pada rahan bindu

PENGECAS BATERI

Mengecas semula bateri mesin

TUIL PELARAS PUTARAN

Mengubah arah putaran bindu kekiri dan kekanan pusingan

BATERI

Membekalkan kuasa elektrik

 

  • Mesin pelelas Mudah Alih (Sander)

 

  • Digunakan untuk melelas permukaan dengan cepa, merata permukaan kayu, membuang bahagian karat pada keluli sebelum kerja kemasan serta pada permukaan plastik
  • Dua jenis sander, belt sender dan disc sander
  • Kertas pelelas pada sender boleh ditukar jika haus
  • Bahagian utama sender

MOTOR

Menggerakkan motor

PEMEGANG

Memegang mesin

TAPAK

Tempat pemasangan kertas pelelas

TUIL PELARAS

Melaraskan pergerakan tapak sender

SUIS

Menghidupkan motor sander

KEKUNCI SUIS

Mengunci suis agar sentiasa mesin sentiasa hidup

KABEL

Menyalur bekalan elektrik

PENYEPIT

Menyepit kertas las pada tapak sender