Saturday, January 9, 2010

PROSES REKA BENTUK

PROSES REKA BENTUK

LUKISAN PROJEK

  • Lukisan projek memberikan maklumat lengkap sesuatu projek. Melalui lukisan, rupa bentuk projek, dimensi, bahan, teknologi pembuatan dan peralatan yang akan digunakan dapat dikenal pasti.

 

 

  1. Membuat Lakaran Rekabentuk

 

 

a.  Lakaran 3D

 

 

 

  • memberi gambaran sebenar projek
  • daripada lakaran 3D, panjang, lebar dan tinggi projek dapat diketahui
  • lakaran 3D boleh dibuat melalui lakaran oblik dan lakaran isometrik

 

 

b.  Lakaran 2D

 

 

 

  • menghuraikan lakaran projek dengan lebih terperinci
  • menunjukkan bentuk sebenar objek dalam dua pandangan, atau tiga pandangan iaitu pandangan atas(pelan), pandangan hadapan dan pandangan sisi.
  • lakaran 2D dilukis dalam unjuran ortografik

 

  1. Mendimensi Lakaran

 

 

  • Menunjukkan ukuran sebenar projek
  1. Ukuran perlu dibuat dengan tepat dalam unit milimeter (mm).

 

  1. Menilai dan Memilih Lakaran yang Paling Sesuai

 

 

  •  lakaran terbaik dipilih sesudah penilaian dibuat.

 

PEMBINAAN

 

  1. Mengukur

 

 

  • Ukur dengan peralatan seperti pita pengukur, pengukur keluli, pensil dan sesiku L

 

 

  1. Menanda

 

 

  • Peralatan menanda adalah pisau penanda, pensil, penggarit dan penebuk pusat.
  • Bagi mengelakkan kesilapan pemotongan bahan dan rekabentuk.

 

 

  1. Memotong

 

 

  • Peralatan memotong ialah gergaji besi, gunting besi dan pemotong perspek.

 

 

  1. Membentuk

 

 

  •  Membentuk dilakukan sebelum bahagian projek dipasang
  • Aktiviti membentuk ialah melengkung, melipat dan membengkok

 

  1. Mencantum

 

 

  • Proses memasang bahagian yang telah dipotong dan dibengkokkan
  • Kerja-kerja mencantum ialah meribet, melekat dan menskru

 

KEMASAN

  • Kemasan dilakukan supaya projek kelihatan cantik, tahan lama, berkualiti dan selamat digunakan

 


ALAT KEMASAN

 

 

  • Pengikis

 

 

 

  • Fungsinya mengikis permukaan bagi membuang cat lama dan tanda mengelupas.

 

 

 

  • Berus cat

 

 

 

  • Kegunaan untuk menyapu cat
  • Saiz ditentukan oleh kelebaran berusnya
  • Penggunaan saiz berus adalah berdasarkan saiz ruang yang akan dicat

 

 

 

  • Berus Syelek

 

 

 

 

  • Kegunaan untuk menyapu varnis, lekar, tona kayu dan syelek
  • Ada dua jenis iaitu berus jenis tangkai buluh dan jenis tangkai kayu

 

 

 

  1. Kertas Las

 

 

 

  • Digunakan untuk melicinkan permukaan bahan
  • Dibezakan mengikut kekasaran dan kehalusannya
  • Kertas las dan grednya:

Gred

Kasar/Halus

00

Paling halus

0

Halus

1

Sederhana

2

Kasar

3

Paling kasar


 

 

  1. Tepung Penyumbat

 

 

 

  • Digunakan untuk menutup liang-liang atau celahan pada kayu
  1. Dibancuh dengan air. Tujuannya supaya projek kelihatan kemas

 

BAHAN KEMASAN – Mencantikkan projek/tahan lama

 

 

  • Cat Licau (cat kilat)

 

 

 

  • Menghasilkan permukaan licin, berkilat dan kalis air
  1. Sesuai untuk kemasan luaran
  2. Bahan pelarutnya ialah turpentin

 

 

  • Cat Sembur

 

 

 

  • Menggunakan penyembur, cepat kering

 

 

  • Syelek

 

 

 

  • Ada dua jenis iaitu bentuk kepingan dan cecair
  1. Tidak tahan haba dan tidak kalis air
  2. Bahan pelarutnya adalah spirit metil

 

 

  •  Varnis

 

 

 

  • Kalis air dan haba
  • Hasilkan kemasan yang berkilat

 

 

  • Tona Kayu

 

 

 

  • Kalis air dan haba
  1. Hasilkan kemasan yang cantik dan berkilat

 

 

  • Semburan Lekar Jernih

 

 

 

  • Kalis air dan kalis haba, ianya cepat kering

 

 

  • Pelekat

 

 

 

  • Pelbagai warna, bentuk dan corak
  1. Kebanyakan pelekat mempunyai glu

 

MEMBUAT KEMASAN

 

 

  1. Apabila membuat kemasan pada projek pastikan perkara berikut dipatuhi :

 

 

 

  • Permukaan yang nak disapu mestilah bersih, bebas dari habuk, minyak atau karat
  •  Gosok dengan kertas las jika permukaan kotor, berkarat atau kasar
  • Goncangkan tin atau bekas cat atau varnis sebelum digunakan
  • jika guna cat semburan, sila sembur pada jarak 30cm dari projek
  • Pastikan kemasan kering sebelum dicat berikutnya
  • Sapu cat sehala sahaja mengikut urat kayu

 

 

 

 

 

 

 

 

 REKA BENTUK PROJEK


A

Mengenal pasti Masalah

  • Tiada produk di pasaran
  • Produk sedia ada terdapat kegagalan dan kelemahan
  • Produk sedia ada susah dikendalikan
  • Produk di pasaran besar dan berat
  • Produk sedia ada tidak praktikal dalam cuaca negara ini
  • Produk sedia ada mahal
  • Produk sedia ada tidak menjimatkan masa atau terhad penggunaannya

B

Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea

  • Data dan maklumat yang diperolehi dengan
  • menyiasat
  • membaca
  • membuat lawatan
  • melayar internet
  • temuramah
  • Semua maklumat dan data hendaklah direkodkan dalam buku idea.
  • Buku idea ialah buku yang merekodkan tarikh, lakaran, senarai bahan, butir penemuan dan lain-lain perkara yang berkaitan

C

Menilai dan memilih idea yang terbaik

  • Kumpulkan semua idea dan lakarkan idea tersebut
  • Analisa dan pilih satu idea yang terbaik

D

Pembinaan (perlaksanaan idea)

  • Rancang carta aliran kerja
  • Pilih idea dan lakaran , sediakan bahan yang diperlukan
  • Tentukan bahan dan pengikat yang akan digunakan
  • Pasang setiap bahagian dan bahan dengan tepat dan kukuh
  • Pilih kemasan yang sesuai
  • Gunakan kemasan sewajarnya dan pastikan ia menarik

E

Pengubahsuaian

  • Pengubahsuian perlu dilakukan sekiranya
        • Terdapat beberapa bahagian produk tidak berfungsi
        • Keseluruhan produk tidak berfungsi
        • Terdapat bahagian produk tidak selamat dan berbahaya kepada pengguna
  • Ingin membuat penambahan kepada produk sedia ada
  • Ingin membuat tukaran bahan atau jenis pengikat

F

Pendokumentasian

  • Satu laporan lengkap secara bertulis
  • Butiran Laporan mestilah mengandungi
  • Tajuk
  • Latar belakang
  • Objektif
  • Deskripsi projek
  • Rujukan
  • Lampiran

1.5.3  Pendokumentasian

  1. Mengumpulkan dan Merekodkan Maklumat Projek
  • Maklumat yang disimpan ialah:

                a. pernyataan masalah
b. lakaran projek
c. lakaran projek yang dipilih
d. senarai bahan, alatan dan mesin yang digunakan
e. jadual kerja
f. data pengujian dan penilaian
g. maklumat pengubahsuaian
h. kos projek

  1. Mengira Kos Pengeluaran Projek

                Cara mengira kos pengeluaran :
Kos Pengeluaran  :  Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhead
Contoh Pengiraan :
a.  Kos bahan : RM8.25
b.  Kos upah  : RM14.95
c.  Kos Overhead :  RM0.70
Maka kos pengeluaran : Kos bahan+kos upah+kos overhead

  1. Membuat Persembahan Projek
  • Kandungan persembahan ialah :

                a. nama projek
b. lakaran rupa bentuk projek
c. fungsi projek
d. bahan, alatan dan mesin
e. anggaran kos projek
f. tempoh masa pembinaan projek
g. teknologi yang digunakan