Monday, February 1, 2010

Elektronik Tingkatan 2 teras

ELEKTRONIK


  1. Diod Pemancar Cahaya - L.E.D.
    1. Ia adalah sejenis diod
    2. Dikenali sebagai "Light Emiting Diod"
    3. Digunakan untuk mengeluarkan cahaya dan isyarat
    4. Digunakan di dalam alatan elektronik seperti radio, TV, permainan, pemain CD/DVD
    5. Ia mempunyai kaki berkutub - negatif (katod) dan positif (anod)
    6. LED tidak boleh dibekalkan voltan melebihi 3 volt
  2. Perintang Tetap Karbon
    1. Dibuat daripada karbon dan tanah
    2. Digunakan untuk mengurangan arus dan voltan
    3. Dibina dalam beberapa unit sukatan dan ditanda dengan kod warna
      Kod Warna Nombor Warna Jalur Pertama/Kedua Bilangan Sifar Toleransi
      Hitam    0      
      Perang/Coklat    1   0    
      Merah    2   00    
      Oren/Jingga    000    
      Kuning    4   0000   
      Hijau    5   00000   
      Biru    6   000000   
      Ungu    7   0000000   
      Kelabu       
      Putih       
      Emas        5% 
      Perak        10% 
      Tiada warna        20% 

  3. Perintang Boleh Laras
    1. Digunakan untuk mengubah rintangan dalam arus
    2. Sering digunakan dalam radio, tv dan unit pembesar suara
  4. Kapasitor
    1. Digunakan untuk menyimpas cas elektrik
    2. Jenis. Terdapat dua jenis
  5. Transistor
    1. Digunakan untuk meninggikan dan merendahkan arus. Berfungsi juga sebagai suis
    2. Jenis. Terdapat 2 jenis transistor
      1. Transistor NPN
      2. Transistor PNP
    3. Transistor mempunyai 3 kaki
      1. C = Pemungut (Collector)
      2. B = Tapak (Base)
      3. E = Pemancar (Emitter)
  6. Buzzer
    1. Digunakan untuk menghasilkan bunyi berfrekuansi tinggi
    2. Digunakan dalam litar penggera
  7. Suis togel
    1. Dikenali sebagai suis satu kutub satu arah
    2. Digunakan untuk membuka dan menutup litar
  8. Suis tekan
    1. Terdapat dua jenis , suis tekan tutup, dan suis tekan on
    2. Suis tekan tutup tidak membenarkan arus mengalir ketika butang (punat) ditekan.
    3. Suis tekan hidup (on) hanya akan membenarkan arus mengalis ketika butang (punat) ditekan.
  9. Suis Mikro

    ALATAN TANGAN ELEKTRONIK

    1. Playar Muncung Tirus - Digunakan untuk memegang komponen kecil dan membengkokkan kaki komponen
    2. Pemotong Sisi - Digunakan untuk memotong lebihan kaki komponen
    3. Penjalur Wayar
      - Digunakan untuk memotong dan menjalur wayar
    4. Pemutar Skru
      - Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan skru
    5. Alat Pematri Elektrik
      - Digunakan untuk mencairkan timah patri dan mengikat kaki komponen elektronik
    6. Stesen Pematri
      - Digunakan untuk meletakkan pematri yang panas dan mengawal suhunya
    7. Penyedut Patri
      - Digunakan untuk menyedut patri yang berlebihan atau membuang patri untuk pematrian semula

    BAHAN PEMATRI

    1. Timah Patri
      1. Dibuat daripada campuran timah dan plumbum
      2. Gred timah patri ditentukan oleh peratusan campuran timah dan plumbum
      3. Gred timah patri yang biasa digunakan ialah 60:40 iaitu timah 60% dan plumbum 40%
    2. Fluks
      1. Dipanggil juga sebagai bahan lakur.
      2. Digunakan untuk menghindarkan oksida pada bahagian pematrian dan membantu menghasilkan pematrian yang kukuh.
    3. Bod Litar
      1. Bod litar bercetak
      2. Verobod

    KAEDAH MEMATRI

    1. Sebelum Mematri
      1. Bersihkan hujung bit pematri dengan kertas las
      2. Panaskan alat pematri
      3. Celupkan hujung bit pematri di dalam bekas fluks
      4. Sentuhkan hujung bit pematri kepada sedikit timah pematri
    2. Semasa mematri
      1. Condongkan pematri sehingga 30 darjah
      2. Sentuhkan hujung bit pematri kepada kaki komponen
      3. Sentuhkan bahan pematri ke kaki komponen
      4. Apabila timah mencair dengan baik jauhkan hujung bit pematri dan timah patri daripada kaki komponen
    3. Selepas Mematri
      1. Jika di dapati terdapat lebihan timah patri, cairkan dengan hujung pematri dan sedut dengan menggunakan penyedut patri
      2. Hujung kaki komponen yang telah siap dipatri bolehlah dipotong dengan menggunakan playar pemotong sisi